h1

TIPS BESTARI

Post # 1 Ketahuilah

September 28, 2007 |

Oleh Zubli Zainordin

Pada usia 12 tahun saya memberi ceramah kepada sekumpulan orang dewasa. Perihalnya ialah perjalanan Roh dari alamnya ke dunia, dan kembali untuk Hari Pengadilan. Kalau di Indonesia memang ada kanak-kanak yang petah demikian, kan? Jadi tidak hairanlah ya.

Sebenarnya, selain dari itu, saya juga bacakan surat khabar (koran) kepada mereka. Mudah. Baca dan bacakan. Namun, kemudian, saya sendiri menjadi Pencari Yang Setia. A Constant and a Consistent Searcher. Mahunya saya, ketika itu, bukan sebagai pembaca dan penyampai, namun sebagai penemu yang benar faham dan arif, lalu bisa menyampaikan. Bisa tu! Tumpuan saya *recover, uncover, and discover*.

Satu soalan yang saya kemukakan ialah:

Wahai Pemeliharaku adakah satu cara manusia boleh mencapai kejayaan total di dunia yang sementara ini, dan di akhirat yang kekal abadi. Ketemukanlah saya cara tersebut.

Itu pada tahun 1978. Sebaliknya pada tahun 1987, saya menemui Kunci Kejayaan total. Apa? Tunggu…(bersambung) Kapan? Ya sebelum saya dikapankan. Masih hidup baru bisa kan? Bisa tu!

Post # 2 Ketemuilah

September 29, 2007 |

 

Oleh Zubli Zainordin

Allah telah membekalkan kepada setiap insan satu kunci kejayaan total untuk dirinya mencapai kejayaan total di kehidupan dunia yang sementara ini dan di kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Anda sebenarnya tahu kunci kejayaan total ini. Cuma anda perlu mencarinya. InsyaAllah pasti berjumpa. Setiap pencari menemuinya. Ingat tidak seorang ulama besar Indonesia yang dalam kata pujangganya, beliau pergi mencari merata, sehingga Mekah dan Madinah, akhirnya ketemu yang dicarinya itu di dalam rumahnya sendiri.

Begitulah dekatnya kunci kejayaan total itu pada diri setiap insan ciptaan Allah. Pun begitu ada orang yang telah menemuinya dan usahanya ialah memberitahu orang lain. Ramai juga yang telah menemuinya dan memberitahu orang lain.

Di era ini, saya seorang daripada yang telah menemui dan memberitahu orang lain. Soalnya bagaimanakah untuk memberitahu anda (termasuk Aa-Eman) cara terbaik agar kunci kejayaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ketika saya pertama kali menemuinya pada tahun 1987, saya silakan 50 mahasiswa anak didik saya, lalu saya beritahu mereka akan kunci kejayaan total ini. Namun perubahan mencapai kejayaan total itu saya perhatikan hanya bertahan sekitar 3 ke 6 bulan, kemudian mereka lupa. *Tanbihul ghofiliin*.

Rupanya ada caranya untuk memberitahu orang lain dan kunci kejayaan total ini bertahan selama-lamanya. Hal ini saya baca karya orang terdahulu yang telah menemui kunci kejayaan total ini dan bijak sekali memahami cara bagaimana memberitahunya kepada orang lain. Penemu ini ialah Claude M. Bristol and Harold Sherman, dalam buku mereka: TNT The Power Within You.

Nanti saya sambung lagi. Perlahan-lahan ya, berdikit-dikit, ayuh. Saya ibarat mempunyai sebaldi air, yang kalau saya limpahkan sekaligus semua sekali ke atas lantai simen, simen tak kan pecah. Jika saya sengetkan sedikit demi sedikit, air minitik setitik demi setitik, kalaupun simen tidak pecah, retaknya bertanda lama.  Kepada yang tidak sabar, lumrah sifat anak cucu Adam, dia mahukan sekaligus, boleh saja, hubungi saya terus di zubli.s.ebook[at]gmail.com.

Seandainya tidak, bila tiba masanya anda ketemuilah kunci kejayaan total ini, hak setiap insan di dunia ini yang dalam jalan menuju pulang ke alam yang kekal abadi kelak. InsyaAllah… [Lihat Post # 3]

Post # 3 Klu

September 30, 2007 |

 

Oleh Zubli Zainordin

Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada Syafrein Effendiuz kerana memberi saya peluang menulis di Majalah.Dompas ini. Terima kasih kepada Aa-eman kerana menaruh minat yang mendalam, dalam pencariannya sebagaimana saya sampaikan kunci kejayaan total, dalam tulisan saya sebelum ini. Cara penyampaian terbaik bakal saya tuliskan nanti, InsyaAllah.

Menarik sekali pengkisahannya. Ketika ini kita buka lagi supaya mendalam kefahaman kita akan kunci kejayaan total di kehidupan dunia yang sementara ini dan langsung di kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ini klu nya. Terdapat satu perkataan sahaja, ianya jawapan bagi semua soalan yang saya perturunkan di sini dan yang tidak sempat saya perturunkan di sini. Jawapan itulah kunci kejayaan total diri anda.

Ini soalannya… nyatakan yang membezakan orang yang kaya dengan orang yang miskin. Satu jawapan sahaja. Setelah diketahui anda boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskin. Syor saya jadilah kaya, okay.

Soalan seterusnya, nyatakan yang membezakan di antara orang yang sihat dan orang yang sakit. Jawapannya sama, satu sahaja.

Terus, nyatakan yang membezakan orang yang suka aman damai dan orang yang amalannya bersengketa berperang bermusuhan.

Nyatakan orang yang bahagia total dengan orang yang bahagia ya, sekadar bahagia sahaja, dan orang yang terjerat dalam emosi yang memudaratkan seperti marah, sedih, sengsara dan sebagainya lagi.

Saya boleh aturkan di sini ratusan soalan, namun memadailah yang telah dititipkan di sini. Yang membezakan itulah kunci kejayaan total nya.

Fikir, dan cari lagi, sehingga saya muncul lagi membuka helaian kulitan sehingga Aa-eman dan rakan-rakan pembaca dapat merasai natijah isinya. Sebenarnya anda sudahpun tahu jawapannya. Bersambung, InsyaAllah. Tunggu…

Post # 4 Kaedah

Oktober 1, 2007 |

Zubli Zainordin Zubli Zainordin, Pengasas Sains dan Seni Jaya Diri

Sebenarnya, ada kaedah penyampaian kunci kejayaan total diri anda. Orang terdahulu memberikannya dalam bentuk cerita ini.

Seorang lelaki melawat rumah abangnya di bandar. Di rumah itu, anak lelaki abangnya bila disuruh melukis ayam, dia lukis ayam tidak ada bulu. Ya sama seperti ayam yang dibeli di pasaraya!

Ayam Tiada Bulu

Lelaki itu memberitahu abangnya, dia akan bawa anak lelaki ini pulang ke kampung, menyaksikan ternakan di sana.

Di kampung, anak lelaki ini bermula dengan mengejar ayam. Pertama kali dilihatnya tentunya, lalu dikejarnya. Selain itu dia juga dapat melihat itek, kambing, lembu, kerbau dan segala macam ternakan di sisi kebun, semacam kebun yang diusahakan Syafrein Effendiuz Usman.


Selepas menanam pokok-pokok diatas, Effendiuz menggemburkan pokok-pokok ini:

ayam

Keesokan harinya, lelaki itu menabur benih jagung dan gandum di halaman rumahnya. Kemudian diambil beberapa perkakas anyaman buluh buat penutup mulut tempayan, lalu ditindih taburannya tadi. Kemudian barulah dilepaskan ayam dari rebannya.

Budak lelaki itu bertanya, kenapa bapa saudaranya (Paman), buat begitu, ini bukankan kes penderaan ayam namanya.

Lelaki itu menerangkan begini:

Jika makanan ditabur, dan mudah dimakan oleh ayam, maka memanglah bagus. Tetapi bila ditindih dengan penutup anyaman buluh tadi, bukan ertinya dia tidak mahu memberi ayam itu makan, tetapi menggalakkan ayam tadi mengais, menepis, mengorek, mematuk, mengais lagi.

*Kais pagi makan pagi* lah ni kan?

Sambungnya lagi, dengan kaedah begini ayam tadi makan sambil bersenam, nanti dagingnya lebih enak bila setelah dimasak, lalu dimakan.

Begitulah juga dengan kaedah penyampaian kunci kejayaan total. Bukanlah tidak mahu memberikannya seperti, *Nah! ini dia kunci kejayaan total diri anda*. Namun hendaklah disampaikan supaya individu yang mencarinya merenung, meninjau, memikir, mengerobek, menyelak, dan mengeledah. Langsung setelah ditemuinya kelak akan digengam dan didakapnya erat sehingga bila-bila, kekal abadi.

Syabas! aa-eman telahpun mengemukakan jawapan, lalu saya berikan komen. Usah berkecil hati akan komen saya. Usah pula berputus asa. Berdasarkan cerita di atas, nah! cuba lagi dan lagi sehingga bila tiba masa dan ketikanya, bertemulah anda dengan kunci kejayaan total diri anda.

InsyaAllah bersambung…tunggu!

Post # 5 Kunci

Oktober 2, 2007 |

Kunci  (Cuma Hiasan)

Kunci Nan Satu

Pelbagai Namanya

Zubli Zainordin Zubli Zainordin, Pengasas, Sains dan Seni Jaya Diri Total

Baiklah kita sambung lagi…

Allah telah menganugerahkan kepada setiap insan, kunci kejayaan total dirinya di dunia yang sementara ini dan di dunia yang kekal abadi kelak.

Kuncinya satu sahaja, yang sama. Namun pelbagai namanya mengikut zaman dan budayanya.

Kunci Kejayaan Total ini:

Di zaman Nabi Adam disebut sebagai Kalimah.

Di kalangan Para Anbiya disebut Berita.

Di kalangan Para Rasul disebut Risalah.

Di kalangan Yunani disebut Falsafah.

Di kalangan Orang Amerika Syarikat disebut TNT.

Kemudian disebut sebagai Force.

Kemudian disebut Vortex.

Di kalangan Orang India disebut Prana.

Ada juga disebut Syakthi.

Di kalangan Orang China disebut Chi.

China ialah yang ada Chi.

(Tai Chi dan Chi Kong).

Di kalangan orang Korea disebut Ion.

Di kalangan Datuk saya Orang Acheh di sebut kuasa.

Bila tiba kepada saya, saya namakan Gamma.

ada sebabnya, nanti…InsyaAllah saya ceritakan.

Sebab itulah kursus awalan anjuran saya dikenali sebagai *The Gammation Process*.

Nama ini saya tukar kemudiannya kerana manfaat dicapai penuh oleh peserta kursus Cina dan India, tetapi di kalangan Melayu mereka jadi keliru.

Sebab itulah kursus The Gammation Process ditukar kepada The Art and Science of Total Success

Atau Kursus Sains dan Seni Jaya Diri, dan penyampaian Gamma ditukar kepada Kunci Kejayaan Total.

Pelbagai namanya, namun kuncinya tetap satu. Jadi apakah kunci kejayaan total ini kepada anda?

Silakan…

InsyaAllah, bersambung lagi…tunggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: